Profil Lengkap Guru

Saya Cikgu Fatanah adalah anak tempatan daripada Machang.  Merupakan admin blog ringkas ini, saya buka ROBOT.
Cikgu Fatanah 

Saya merupakan bekas pelajar SMK (A) Wataniah, Machang, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Putra Malaysia, Institut Penyelidikan Matematik UPM. Juga pernah mengikuti Program Tuisyen Anggun Syarmim, Ibn Sina Machang, dan Nuri Tanah Merah.

Sekarang saya menjalankan Home Tuisyen Matematik dengan kaedah yang terbaik untuk setiap  pelajar yang berbeza latar belakang dan potensi. Pendekatan yang digunakan akan membuka cara pelajar berfikir, mengulangkaji pelajaran, bertindak dan berprestasi tinggi dalam matematik. Ini kerana matematik adalah kehidupan bukan sekadar mengira, membilang mahupun menghitung. Ibu kepada sains adalah Matematik, ibu kepada Matematik adalah Aljabar. InshaAllah dengan mempunyai asas yang kukuh, pelajar yang terlibat bisa berdikari sendiri untuk menyelesaikan masalah Matematik khususnya, tanpa bantuan  tuisyen lagi.

Pengalaman terbaik dengan izin Allah adalah ketika saya  mengendalikan home Tuisyen Matematik antaranya yang gagal matematik akhirnya mendapat A manakala B+ untuk Matematik Tambahan. Seorang lagi adalah pelajar asrama penuh di KISASs hanya sempat 3 hari secara intensif siang dan malam, akhirnya berjaya mendapat A dalam SPM untuk Subjek yang 'ter' tulis MATEMATIK (Ujian sebelum SPM C). Sekarang melanjutkan pengajian di luar negara (Doktor Gigi). Baru-baru ini (2013) pelajar UPSR home tuisyen 2 hari (Sebelum percubaan)+ 3 hari (seminggu sblm UPSR). Result tak konsisten, sekali A (tipis) dan banyak kali B, penghasilan pelajar ini akhirnya percubaan dan UPSR sebenar A. Alhamdulillah. Tahun lepas juga 2 lagi pelajar menduduki SPM sempat mendapat perkhidmatan. Moga Lili dan Liana (si kembar) mendapat kejayaan. Hakikatnya, perlu ada komitmen dan kesedaran yang matematik itu bukan lah bosan sangat, atau susah sangat, atau macam2 lagi... inshaAllah dengan mentera "Man Jadda Wa Jadda" setiap  usaha yang gigih akan mendapat penghasilan yang terbaik. Dengan Izin Allah.

Segala maklumat yang diberikan adalah dibawah amanah saya, untuk tidak dijual atau digunakan bagi kegunaan pihak ketiga. Maklumat yang diberikan adalah sulit dan eksklusif untuk Home Tuisyen Cikgu Fatanah.

Wallahu a'lam.

8 comments:

  1. Salam....boleh saya dapatkan no phone cikgu....ni no saya 0199522579

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum blh bg contact no? 01139929223 ni contact no sy...anak sy darjah 3

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Blh bg contact ckgu.. Anak saya spm thn ni.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikgu... utk tuisyen matematik moden dan add math..ting 4. Skrg ank saya ting 3 dari MRSM. Macamana saya nk tahu dgn.lebih lanjut. Ni no phone saya 0199435097.

      Delete
  4. Assalam sy.berminat utk home tuition ank sy. Mohon hubungi saya 0139792026

    ReplyDelete
  5. assalam..sy berminat utk hometuisyen addmaths utk anak sy ..thn 2020 akan ambil spm..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Tutor Matematik Machang & Tanah Merah Bersama Pakar © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions